CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 26/03/2022

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 269 kes, menjadikan jumlah kumulatif

sebanyak 366,192 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Pitas. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes
kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,473 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 345,430 orang. Manakala 414 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 348 orang di hospital, 65 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 36 orang merangkumi 30 di
ICU/repurposed kritikal care serta enam (6) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah jangkitan baharu jatuh di bawah paras angka 300 hari ini dengan 269 kes, penurunan sebanyak 103 kes berbanding semalam.

b. Kota Kinabalu mencatat penurunan jangkitan baharu yang terbesar dengan hanya 36 kes berbanding 96 kes semalam. Penampang juga mencatat jumlah kes baharu yang sama dengan Kota Kinabalu, iaitu 36 kes, 17 kes lebih rendah daripada sebelumnya. Putatan dan Papar mencatat penurunan marginal tetapi Tuaran naik tiga (3) kes kepada 26 kes.

c. Sebanyak 15 daerah mencatatkan jumlah kes harian dibawah 10 kes, satu petanda Sabah sedang menuju ke fasa penstabilan. Sembilan (9) daerah
mencatatkan kes baharu dua (2) angka dengan jumlah jangkitan tertinggi 36 kes di Kota Kinabalu dan Penampang. Semporna, Telupid dan Tongod tidak
mencatat sebarang kes baharu. Walau bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi pada kadar 57.62%. Ini bermakna risiko jangkitan dan perebakan kekal tinggi khususnya di tempat-tempat awam yang ramai orang.

d. Seramai 266 orang atau 98.89% daripada 269 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tiga (3) orang berada dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list