CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kelantan] Terjemah tesis, martabat bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 27-3-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Swee Tin (kanan) menunjukkan bukunya bertajuk 'Wayang Kulit Tok Dalang Che Ann' kepada Tengku Mohamad Rizam (dua dari kanan) Program Kembara Titah Kelantan 2022 pada Ahad.
Tanggungjawab moral dalam memartabatkan bahasa ke mata dunia

BACHOK - Ahli akademik di peringkat universiti disaran menterjemahkan tesis atau buku dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai usaha memartabatkan bahasa rasmi negara di mata dunia.

Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, cendekiawan akademik mempunyai tanggungjawab menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, penulisan dan persuratan.

Katanya, inisiatif terjemahan itu boleh dilakukan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Ahli sarjana dan ilmuan di UMK juga boleh menterjemahkan tesis dan buku mereka ke dalam bahasa Melayu untuk dipasarkan bukan sahaja dalam negara bahkan ke seluruh dunia.

“Saya yakin pelbagai bidang ilmu yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dan martabat bahasa itu sendiri,” katanya ketika berucap pada Program Kembara Titah Kelantan 2022 di Auditorium Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Profesor Ts Dr Arham Abdullah; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan Sasterawan Negara, Dr Lim Swee Tin.

Mengulas lanjut, cadangan kerajaan untuk mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa dan acara-acara rasmi kerajaan membuktikan manifestasi sokongan terhadap pengantarabangsaan bahasa Melayu.

“Pemimpin tertinggi negara akan berucap sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Jika ini dapat dilakukan, nescaya akan menjadi pemangkin dan nilai tambah kepada negara serta DBP di peringkat antarabangsa seterusnya mencerminkan Malaysia sebagai bangsa yang bersatu, harmoni dan berwibawa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Abang Sallehuddin berkata, DBP sedang berusaha mendigitalkan kesemua buku yang diterbitkan bermula terbitan pertama berjudul 'Anak Raja' dengan 'Anak Papa' pada tahun 1958.

“Langkah dimulakan pada Januari tahun ini dengan setakat ini lebih 2,000 judul buku termasuk novel, jurnal dan puisi yang sudah tidak ada dalam penerbitan dan berjaya didigitalkan.

“Ada belasan ribu judul buku kesemuanya yang akan dapat diakses oleh rakyat secara mudah di laman maya DBP dalam tempoh sehingga penghujung tahun ini,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tabat-bahasa-Melayu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.105379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list