View: 305|Reply: 0
|
[Terengganu]
APMM lupus 330,000 batang rokok seludup
[Copy link]
|
|
Muhammad Suffi melupuskan rokok seludup yang ditemukan di Pulau Karah berhampiran Pulau Bidong, tahun lalu menggunakan mesin pengisar di Pejabat APMM hari ini. Foto Ihsan APMM
Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melupuskan sebanyak 330,000 batang rokok seludup dengan nilai duti eksais sebanyak RM132,000 hari ini.
Bahan tembakau yang diisi dalam 16,500 kotak rokok seberat 330 kilogram dengan anggaran nilai kasar keseluruhan sebanyak lebih RM219,000 itu dirampas di kawasan pantai Pulau Karah berhampiran Pulau Bidong, Kuala Nerus pada Ogos tahun lalu.
Pengarah APMM Terengganu Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, proses melupuskan barangan tidak bercukai itu dilakukan dengan kaedah menghancurkan setiap batang rokok dengan menggunakan mesin pengisar.
"Sisa pelupusan akan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Kampung Sungai Ikan di Kuala Nerus dengan disaksikan pegawai penyaksi pelupusan," katanya hari ini.
Beliau berkata, proses pelupusan dilakukan di pekarangan Pejabat APMM Kuala Terengganu itu dilakukan selama tiga jam bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Muhammad Suffi berkata, rampasan rokok berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan berikutan penemuan longgokan kotak rokok yang dipercayai diseludup di atas pasir di kawasan pantai pulau berkenaan kira-kira 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|