CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Kelantan] Sihir, zina antara 70 aduan kepada JAHEAIK

[Copy link]
Post time 29-3-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode

HASNAN Ramli. FOTO Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Perbuatan sihir, hamil luar nikah, zina dan pondan antara kes jenayah syariah yang dilaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Januari hingga Februari tahun ini.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dr Hasnan Ramli berkata, bagi perbuatan sihir pihaknya menerima laporan sebanyak dua kes, hamil luar nikah pula lima kes, melakukan zina dan pondan masing-masing satu kes.

Katanya, bagi tahun ini, 70 laporan diterima mengikut Undang- Undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Antara kesalahan lain termasuk perbuatan tidak sopan sebanyak 22 kes, khalwat (33 kes), mendedahkan aurat (1 kes) dan mengganggu rumah tangga orang lain (5 kes).

"Kesalahan yang dilaporkan ini ada yang masih dalam peringkat siasatan pihak kita dan juga pendakwaan. Sebaik menerima laporan, kita akan membuat siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Misalnya, selepas menerima aduan berkenaan mangsa sihir, kita akan membuat siasatan sebelum membuat keputusan. Aduan sihir yang kita terima ini membabitkan ahli keluarga," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi kes sihir, pihaknya boleh membuat siasatan selepas pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Jika sebelum ini kita tidak membuat siasatan terhadap aduan sihir, namun selepas pelaksanaan enakmen itu, pihak kita akan membuat siasatan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri Kelantan mula melaksanakan Undang-Undang Islam dengan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 November tahun lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.731726 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list