CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Terengganu] Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran perlu diperhebatkan

[Copy link]
Post time 29-3-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan perlu melaksanakan langkah lebih efektif dan holistik untuk jangka pendek dan panjang dalam menangani isu pembuangan sisa makanan yang dilaporkan begitu kritikal di negara ini. (Gambar kecil: Che Alias)

KUALA TERENGGANU - Kerajaan perlu melaksanakan langkah lebih efektif dan holistik untuk jangka pendek dan panjang dalam menangani isu pembuangan sisa makanan yang dilaporkan begitu kritikal di negara ini.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, memandangkan peningkatan peratus sisa makanan adalah ketika bulan Ramadan, kempen dan program seperti Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran perlu diperhebatkan di seluruh negara.

Menurutnya, usaha tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai makanan dan tidak sewenangnya melakukan pembaziran terutama ketika di bulan puasa.

"Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) meramalkan peratusan sisa makanan di tapak pelupusan akan meningkat 40 peratus terutama di bazar Ramadan ekoran pembukaan bazar di seluruh negara pada tahun ini.

"Perkara ini dilihat sangat mendukacitakan apabila sebanyak 17 juta kilogram sisa makanan daripada 38 juta kilogram sisa pepejal dibuang setiap hari iaitu bersamaan dengan tujuh buah kolam renang Sukan Olimpik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Che Alias berkata, pereputan sisa makanan menyebabkan penghasilan 'Greenhouse Gas' (GHG) dan secara tidak langsung menjadi faktor pemanasan global berlaku.

Tambahan pula katanya, tapak pelupusan sisa juga antara punca utama penghasilan gas metana yang merupakan antara gas perosak lapisan ozon utama berbanding gas karbon dioksida.

"Oleh itu, kerajaan perlu menyemak semula dari segi dasar, polisi dan pelan pembangunan serta pengurusan sisa makanan agar relevan dengan isu-isu yang berlaku pada hari ini dan mendapat jalan penyelesaian yang lebih inklusif," katanya.

Che Alias turut menyarankan penyelidikan dan inovasi dengan kerjasama pihak berkaitan untuk mengolah sisa makanan terbuang menjadi baja organik untuk pertanian perlu diperkasakan lagi.

"Saya harap kerajaan akan lebih banyak mengadakan pendekatan secara proaktif bagi memastikan isu pembuangan sisa makanan yang kritikal dapat diselesaikan sekaligus mendidik masyarakat untuk lebih menghargai makanan," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... perlu-diperhebatkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041619 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list