CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Kelantan] Polis letak anggota di masjid pantau SOP

[Copy link]
Post time 30-3-2022 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Mas: Polis akan menempatkan anggota polis bagi melakukan pemantauan di masjid dan surau untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada Jumaat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tugas anggota polis yang juga pegawai perhubungan masjid lebih tertumpu kepada masjid besar, masjid negeri dan masjid daerah.

Menurutnya, pihaknya memberi sepenuh kepercayaan kepada ketua balai polis dan ketua polis daerah untuk mengambil tindakan lanjut.

Katanya, pada masa sama, pihaknya juga akan memantau surau-surau selepas kerajaan memberi kelonggaran termasuk solat tanpa penjarakan fizikal selain turut diadakan juga bazar Ramadan.


SHAFIEN (tengah) memakaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada salah seorang anggotanya. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

"Bagi pasukan keselamatan terutama polis, setiap masjid ditempatkan pegawai perhubungan masjid untuk mereka bersama dengan masyarakat setempat mengimarahkan majlis di surau atau masjid.

"Dalam masa sama, mereka juga akan bersama dengan kariah untuk berbuka puasa serta bertarawih.

"Secara tidak langsung pihak kami dapat memerhatikan jika ada mana-mana masjid ataupun surau yang tidak mematuhi SOP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Penghargaan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Terdahulu, Shafien memakaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada seramai 280 penerima membabitkan 80 anggota yang masih bertugas dan 200 anggota yang sudah bersara.

Shafien berkata, berbuka puasa di kawasan terbuka dibenarkan, namun bergantung kepada kesesuaian dan keluasan kawasan dengan mematuhi SOP.

"Bagaimanapun, pada Ramadan yang akan disambut pada minggu hadapan, saya melihat rakyat akan lebih tertumpu untuk mengadakan solat tarawih berjemaah kerana sudah dua tahun menunaikan solat tarawih di rumah masing-masing susulan penularan Covid-19.

"Pada masa sama, saya juga melihat budaya orang kita yang sentiasa ke masjid dengan membawa sejadah dan ia kini sudah menjadi amalan setiap kali menunaikan solat," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list