CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Pahang] Satu bayi, satu pokok di Pahang

[Copy link]
Post time 30-3-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan Pahang akan menanam satu pokok bagi setiap kelahiran. - Foto hiasan

KUANTAN: Kerajaan Pahang bercadang menanam satu pokok untuk setiap kelahiran bayi di beberapa kawasan sesuai di setiap daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang untuk melaksanakan inisiatif itu yang dijangka dilancarkan selepas Hari Raya.

"Kita rancang untuk lancarkan di Pantai Serandu, Pekan. Selain itu Jabatan Perhutanan juga akan kenal pasti pokok bersesuaian untuk ditanam di setiap lokasi.

"Pokok ini juga akan ditanda dengan nama bayi-bayi itu sebagai simbolik kelahiran mereka. Malah, kita harap lokasi penanaman pokok ini akan menjadi tumpuan pelancongan kelak," katanya.

Beliau memaklumkan cadangan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini semasa menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu jumlah permohonan 'Pahang Pride Kid'.

Menjawab soalan asal Samsiah, beliau berkata, hanya 1,600 daripada lebih 3,000 pemohonan layak menerima pemberian berjumlah RM200 untuk setiap kelahiran setakat hari ini, RM100 dalam bentuk simpanan, manakala RM100 lagi barang penjagaan bayi dan ibu.

Mengulas mengenai punca permohonan ditolak ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis), beliau berkata, antaranya kerana ibu yang berasal dari Pahang melahirkan bayi mereka di luar daripada negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata kerajaan negeri belum bercadang untuk memansuhkan caj perkhidmatan RM1 bagi bayaran bil air menerusi aplikasi Pahang Go.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Yu Man (PH-Triang) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk memansuhkan caj perkhidmatan bayaran bil air Pengurusan Air Pahang Berhad menerusi aplikasi Pahang Go. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.411371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list