CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Sabah] Lelaki didenda RM80,000, guna dokumen palsu

[Copy link]
Post time 1-4-2022 07:23 PM | Show all posts |Read mode


DENDA: Tertuduh semasa keluar dari kamar bicara selepas pertuduhan selesai.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu

didenda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini semalam.

Tertuduh, Koh Mui Huck, 54 membuat pengakuan bersalah dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan ringkasan pertuduhan, Koh Mui Huck menggunakan dokumen yang diketahui palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan perkhidmatan membekal dan menghantar pelbagai jenis toner untuk kegunaan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah.

Kesalahan terbabit dilakukan pada 07 Jun 2017 bertempat di JPN Sabah.

Untuk kesalahan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama.

Tertuduh yang terlibat dengan pengambilan rasuah sebanyak RM 93,490 mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM80,000 dan penjara selama enam 6 bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Koh Mui Huck bagaimanapun membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dan tertuduh diwakili peguam Chong Kian Ming.


utusanborneo.com.my/2022/04/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list