CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Sabah] Sabah benarkan solat rapat sejadah

[Copy link]
Post time 1-4-2022 07:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah untuk solat fardhu lima waktu, Jumaat, Terawih dan solat sunat yang lain di masjid serta surau dengan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan sesama jemaah bermula 1 April 2022.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, kebenaran itu diberikan kepada jemaah yang sudah lengkap divaksin dan hendaklah membawa sejadah sendiri.

“Aktiviti masjid dan surau adalah kekal sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini termasuklah seperti kuliah selepas solat fardhu, Dhuha, bengkel, kursus serta program keagamaan dengan mengambil kira penyesuaian waktu ibadat di bulan Ramadan.

“Kerajaan juga membenarkan pelaksanaan solat Terawih, jamuan berbuka puasa, moreh, sahur, tadarus al-Quran, qiamulail serta aktiviti sepanjang bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Masidi berkata, jemaah yang masih dalam tempoh individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS), berisiko tinggi serta mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas, alahan tidak dibenarkan memasuki masjid.


utusanborneo.com.my/2022/04/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035307 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list