CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Terengganu] Ramadan: Bekalan keperluan mencukupi

[Copy link]
Post time 2-4-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode

ROSOL (kanan) pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM). FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian mencukupi sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Timbalan menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), dalam menentukan hasil keluaran keperluan makanan dalam negara mencukupi.

Menurutnya, stok bekalan untuk bulan Ramadan dan Aidilfitri sememangnya mencukupi walaupun dijangka berlaku lebihan permintaan.

"Sebagai contoh, ayam dan telur, kita (KPDNHEP) sudah mendapat maklumat daripada MAFI berapa banyak ayam yang diternak dan boleh dipasarkan pada Ramadan serta Aidilfitri ini.

"Oleh itu, pengguna tidak perlu khuatir dengan bekalan keperluan harian ini termasuk keperluan seperti minyak masak, tepung gandum dan sebagainya adalah mencukupi," katanya pada sidang media selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), di perkarangan Masjid Kampung Telaga, di sini, hari ini.

Menurutnya, beberapa langkah akan diambil bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikan harga barangan pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Katanya, selain pemeriksaan berkala dan pemantauan pihaknya akan melakukan pemeriksaan mengejut ke premis-premis perniagaan di seluruh negara.

"Tiada kompromi terhadap peniaga yang sengaja mencatut harga barangan dan tindakan tegas akan diambil.

"Ia perniagaan sememangnya memerlukan keuntungan namun keuntungan biarlah berpada-pada bukanya dengan modal RM1 dan dijual dengan RM5, keuntungan seperti itu dipanggil mencatut kerana mengambil keuntungan yang tidak munasabah," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut berharap pengguna tidak membandingkan harga barangan keperluan pada Ramadan dan Aidilfitri tahun lalu dengan tahun ini kerana peningkatan harga disebabkan banyak faktor yang berlaku.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keperluan-mencukupi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.161441 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list