CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Sabah] Sabah Sedang Lalui Fasa Penstabilan

[Copy link]
Post time 2-4-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Datuk Masidi Manjun

KOTA KINABALU : Sabah pada masa ini sedang melalui fasa penstabilan COVID-19 apabila tiada kluster baharu dicatatkan sejak beberapa minggu lalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata pada masa ini hanya tiga kluster COVID-19 masih aktif di negeri itu dan satu kluster iaitu Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu diisytiharkan tamat hari ini.

“Keputusan menamatkan kluster itu dibuat apabila tiada rantaian kes baharu yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan…tiada kluster baharu direkodkan hari ini,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata jumlah kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini ialah 270 kes berbanding hanya 214 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 367,679 kes.

“Seramai 258 orang atau 95.56 peratus daripada 270 pesakit baharu hari ini berada dalam kategori satu dan dua, tiga orang dalam kategori tiga, empat orang kategori empat dan lima pesakit dalam kategori lima,” katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/04/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list