
Foto yang tular di media social. – Foto Facebook
KOTA KINABALU: Seorang wanita nekad terjun daripada kenderaan e-hailing yang dinaiki bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa cabul dan samun di Kampung Kobuni, Jalan Kionsom Inanam kira-kira 9 pagi Khamis. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa yang merupakan jurujual berusia 19 tahun itu difahamkan terjun daripada kenderaan setelah pemandu e-hailing berkenaan meraba paha mangsa lalu cuba menyamun mangsa.
Mangsa yang mengalami kecederaan diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di kawasan berhampiran.
Sebelum insiden berlaku, mangsa dikatakan menempah perkhidmatan e-hailing itu untuk pulang ke rumah daripada tempat kerjanya di Manggatal.
Namun, dalam perjalanan difahamkan pemandu e-hailing yang hanya dikenali sebagai Zahir mengambil jalan pintas bagi mengelak kesesakan jalan raya.
“Semasa dalam perjalanan, pemandu berkenaan tiba-tiba meminta mangsa beralih ke tempat duduk hadapan dan mangsa tanpa berfikir panjang beralih tempat duduk sebelum suspek bertindak memegang paha mangsa. – BorneoToday
sabahpost.net/2022/04/02 |