CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Terengganu] 342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu

[Copy link]
Post time 3-4-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS: Seramai 342 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan digerakkan untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan di 4,938 gerai membabitkan 59 lokasi bazar Ramadan tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata anggota penguat kuasa itu akan dibahagikan kepada 130 pasukan operasi bagi memastikan semua 9,666 pengendali makanan di bazar Ramadan mematuhi semua peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, penguat kuasa ini juga akan mengambil sampel makanan secara rawak di bazar Ramadan untuk dianalisis, bagi menjamin makanan dijual kepada pelanggan bebas pencemaran yang boleh menyebabkan mudarat dan membahayakan kesihatan.

"Jumlah sampel ini tidak akan dihadkan, pegawai penguat kuasa akan mengambilnya mengikut kesesuaian terutama makanan berisiko seperti bersantan dan penggunaan bahan mentah seperti kerabu," katanya selepas majlis perasmian Kempen Nafas Baharu Bermula Ramadan dan Pelancaran Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak di sini, hari ini. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... madan-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.083508 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list