CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kelantan] 'Jangan selesa walaupun kes makin rendah'

[Copy link]
Post time 4-4-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Jangkitan kes Covid-19 harian di Kelantan kembali menurun kepada lebih 100 kes dalam tempoh tiga hari bermula 1 April sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak 184 kes direkodkan semalam termasuk 20 kes import.

Katanya, walaupun jangkitan kes Covid-19 turun agak ketara, namun penduduk perlu sentiasa beringat dan menjaga diri terutama pada Ramadan ini.

"Berbanding sebelum ini, kes jangkitan Covid-19 melebihi 200 kes setiap hari dan trend jangkitan dalam tempoh tiga hari ini menurun.

"Walaupun kes direkod rendah, masyarakat tidak boleh berasa selesa kerana risiko jangkitan masih tetap ada. Kes jangkitan yang ringan, ujian kendiri yang tidak dilapor dalam MySejahtera mungkin menyumbang kepada bilangan kes yang rendah.

"Pada masa sama, kita tidak menolak kemungkinan kes yang rendah ini adalah hasil daripada masyarakat Kelantan yang patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat diharapkan terus patuh SOP terutama ketika berkunjung ke bazar Ramadan yang dilihat terlalu sesak.

Dr Zaini berkata, beliau berharap peniaga sentiasa memberi peringatan kepada pembeli supaya sentiasa menjaga SOP terutama melakukan penjarakan sosial.

"Saya tidak mahu bazar Ramadan di negeri ini akan menjadi punca tercetusnya kluster Covid-19 baharu dan akan menyebabkan kes kembali meningkat.

"Kita semua perlu bertanggungjawab untuk menjaga diri masing-masing supaya jangkitan Covid-19 ini terus turun dan dapat menjalani ibadat puasa dengan lancar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-kes-makin-rendah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058982 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list