CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 1

[Terengganu] Menu berasaskan ayam jadi pilihan utama

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Lauk-pauk berasaskan ayam masih menjadi pilihan utama masyarakat walaupun berlaku kenaikan harga antara RM3 hingga RM5 seekor.

Tinjauan di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar mendapati ayam bakar dijual pada harga RM27 seekor berbanding hanya RM22 ketika Ramadan tahun lalu.

Peniaga ayam madu Sarawak, Abd Wafi Zainuddin, 25, mengesahkan harga seekor ayam dijual meningkat kali ini, tetapi sambutan masyarakat amat menggalakkan apabila mampu menjual 80 ekor ayam dalam tempoh dua jam.

"Kenaikan harga ayam mentah tidak boleh dielakkan berikutan kesukaran untuk mendapatkan bekalan sekarang.

"Kami berharap bekalan ayam mencukupi sepanjang Ramadan ini bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui hari ini.

Abd Wafi yang menjual ayam bakar madu Sarawak lebih tujuh tahun lalu berkata, harga ayam mentah dibelinya daripada pembekal utama adalah RM18 seekor.

Seorang pengunjung, Siti Rabiatul Tajulnisa, 20, berkata walaupun berlaku peningkatan harga, tetapi kebanyakan masyarakat masih berkemampuan untuk membelinya.

Katanya, kenaikan harga barangan bukan saja terhad kepada ayam, malah pelbagai barangan keperluan asas lain termasuk daging.

"Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan asas termasuk ayam mengajar kita mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir. Kita hanya membeli barang yang diperlukan saja," katanya.


Abd Wafi sedang melayan pelanggan di gerainya di Dataran Shah Bandar, hari ini. NSTP/BAHAROM BAKAR

https://www.bharian.com.my/berit ... -jadi-pilihan-utama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 02:29 PM | Show all posts
kt mana2 pun menu ayam yg laku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.716108 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list