CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Kelantan] Lembu ‘dara’ jadi rebutan

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode

ABDULLAH Ismail (bersemutar) melayan pembeli di gerai daging lembu yang dibuka di tepi jalan Kampung Laloh, Kuala Krai. - FOTO/TOREK SULONG


KUALA KRAI: Daging lembu tempatan yang dijual di sepanjang jalan Kampung Laloh, di sini kini menjadi rebutan orang ramai apabila mengekalkan harga jualan RM30 sekilogram sepanjang Ramadan ini.

Difahamkan, kebanyakan peniaga daging lembu tempatan di daerah lain sudah menaikkan harga antara RM35 hingga RM38 sekilogram berikutan kenaikan harga dedak yang mencanak ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, salah seorang peniaga terbabit, Abdullah Ismail, 60, berkata, kumpulan peniaga di jalan itu yang menjual daging lembu ‘dara’ iaitu lembu betina muda sepakat untuk tidak menaikkan harga.

Kata Abdullah, sepanjang Ramadan ini, daging lembu dara kekal RM30 sekilogram manakala tulang, perut serta organ dalaman haiwan itu kekal RM25 selonggok

“Harga dedak ketika ini memang tinggi namun bukan alasan untuk kami menjual daging tempatan pada harga ‘kayangan’.

“Penternak di kampung ini masih ada pilihan lain untuk memberi lembu masing-masing makan iaitu menggunakan rumput yang ditanam.,” katanya ketika ditemui di gerai jualan daging di Kampung Laloh di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Muhamad Fadil Abdul Razak, 40, berkata, jualan daging segar pada Ramadan ini meningkat sekali ganda kerana menerima permintaan tinggi berbanding hari biasa.

“Orang ramai gemar mendapatkan daging lembu dara kerana isinya dikatakan lebih lembut.

“Disebabkan jualan laris biarpun baru hari kedua Ramadan, saya rancang untuk sembelih dua hingga empat ekor sehari sepanjang bulan puasa ini bagi menampung permintaan pelanggan,” katanya.

Tambah Muhamad Fadil, selain penduduk tempatan, pelanggan yang singgah di gerai tepi jalan itu merupakan anak perantauan Kelantan dari Kuala Lumpur yang pulang untuk menyambut awal Ramadan bersama keluarga di kampung. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -dara-jadi-rebutan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.498185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list