CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

[Sarawak] Siasat terperinci insiden pecah kubur, gesa Tiong

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan kubur yang dipecahkan.

SIBU: Polis diarah untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh terhadap insiden pecah kubur di tapak perkuburan Cina di Bukit Aup di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa (termasuk Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu nanti) agar segera meneliti tindakan sesuai bagi menghentikan jenayah tersebut daripada berleluasa serta menimbulkan lebih banyak masalah sosial.

Katanya, lebih malang kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang baharu kerana kali terakhir ahli keluarga pemilik kubur yang dipecahkan membuat laporan polis ialah pada akhir bulan Mac lalu.

Bagaimanapun, Tiong mendakwa laporan tersebut tidak diberikan perhatian sepenuhnya sehingga menyebabkan individu tidak bertanggungjawab menjadi lebih berani.
"Penjenayah ini langsung tidak menghormati si mati. Tidak kira apa pun yang mereka berikan kepada si mati, mereka tidak boleh mengganggu tempat rehat seperti ini.

"Apakah manfaat yang mungkin mereka perolehi daripada merompak kubur ini?

"Namun, tidak kira apapun kebencian mereka terhadap si mati, mengganggu kesucian kubur milik orang lain adalah di luar perikemanusiaan. Si mati tidak akan berehat dengan aman jika kubur mereka juga diganggu seperti ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong berkata, adalah amat mendukacitakan apabila ahli keluarga mendapati kubur si mati dipecahkan semasa hari upacara melawat kubur.

Justeru, beliau menyeru pihak berkuasa bertindak segera ke atas jenayah tersebut secepat mungkin.

"Saya juga menggesa keluarga yang ditimpa jenayah yang serupa segera membuat membuat laporan polis untuk membawa penjenayah tersebut ke muka pengadilan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035362 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list