CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

[Sabah] Warga emas parah kemalangan disahkan maut semasa terima rawatan

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode


REMUK: Kenderaan mangsa yang remuk akibat kemalangan terbabit.

BEAUFORT: Wanita warga emas yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Takuli di sini disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaccob berkata mangsa dikenalpasti sebagai Buntar @ Masdah Mohamad, 72 meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan jam 12 tengah hari itu berlaku apabila kereta hatchback dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan sebelah kanan.

“Kenderaan terbabit kemudiannya bertembung dengan kereta kompak yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang juga pemandu kenderaan kompak mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

“Pemandu kenderaan hatchback itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/06
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list