CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Kelantan] Dua bulan rugi lebih RM2 juta

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Polis Kelantan merekodkan kerugian lebih RM2 juta membabitkan 117 kes penipuan dalam talian bagi Februari dan Mac, tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu, 48 kes direkodkan pada Februari membabitkan kerugian RM853,411.67 dan 69 kes pada Mac dengan kerugian RM1,364,975.88.

Katanya, semua kes itu berkaitan Macau Scam, tipu e-dagang, tipu pelaburan tidak wujud, pinjaman tidak wujud dan parcel scam.

"Macau scam mencatatkan kes paling banyak bagi tempoh dua bulan itu iaitu 41 kes, diikuti penipuan e-dagang 37 kes dan pinjaman tidak wujud 17 kes.

"Justeru, kita sentiasa mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali bagi mengelak ditipu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain ketika mengulas kes penipuan berkaitan bomoh, Mohd Wazir berkata, seorang kerani hospital mengalami kerugian RM3,050 kerana ditipu wanita yang mendakwa anaknya mampu mengubati adik mangsa supaya berkelakuan lebih baik.

Katanya, mangsa berusia 35 tahun dikatakan bertemu dengan wanita yang dikenali Kak Na di Kuala Krai pada Disember tahun lalu.

"Wanita terbabit mendakwa anaknya berkemahiran dan mampu mengubati individu yang berperangai tidak elok menjadi lebih baik.

"Mangsa kemudian bersetuju untuk mengubati adiknya dan membuat sebanyak tujuh transaksi bayaran kepada tiga akaun bank berlainan bermula Januari sehingga Februari membabitkan nilai RM3,050.

"Mangsa dimaklumkan bayaran terbabit akan dikembalikan semula selepas proses perubatan selesai," katanya.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini selepas berubat, adik pengadu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang baik dan pada masa sama mangsa gagal berhubung dengan suspek.

"Sehubungan itu, mangsa yang merasakan dirinya ditipu tampil membuat laporan polis pada 18 Mac lalu di Balai Polis Kuala Krai," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Mohd Wazir Mohd Yusof. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm2-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 1.086479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list