CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Terengganu] Peniaga bazar Ramadan dakwa tak perlu suntikan tifoid

[Copy link]
Post time 6-4-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Dr Fatimah (dua kanan) ketika melakukan pemantauan pada Ops Penguatkuasaan Kebersihan dan Keselamatan Makanan sepanjang bulan Ramadan di tapak bazar Ramadan di kawasan lapang Jambatan Angkat, hari ini. - Foto BAHAROM BAKAR.

KUALA NERUS: Peniaga makanan dan minuman di bazar Ramadan kehairanan apabila dimaklumkan penganjur tidak perlu dapatkan suntikan pelalian tifoid.

Beberapa peniaga minuman di tapak bazar Ramadan di kawasan lapang Jambatan Angkat, di sini, hari ini, terkejut apabila menerima notis ketidakpatuhan pada operasi Penguatkuasaan Kebersihan dan Keselamatan Makanan.

Peniaga minuman, Zakiah Awang, 49, mendakwa mereka dimaklumkan tidak perlu mendapatkan suntikan pelalian tifoid oleh penganjur bazar Ramadan ketika hadir mengikuti kursus pengendali makanan dianjurkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pertengahan bulan lalu.

"Kami pelik dan hairan kerana semua peniaga makanan dan minuman yang bercadang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan diwajibkan mendapatkan suntikan pelalian tifoid," katanya selepas menerima notis ketidakpatuhan daripada pegawai Kesihatan daerah Kuala Terengganu, hari ini.


Operasi Penguatkuasaan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Sepanjang Ramadan diketuai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Dr Fatimah Muda.

Peniaga minuman yang dikenakan notis ketidakpatuhan itu beranggapan arahan penganjur bazar Ramadan itu mungkin prosedur operasi standard (SOP) baharu.

"Ini bukanlah kali pertama kami berniaga di bazar Ramadan, tetapi kebiasaannya kami akan mengambil suntikan pelalian tifoid seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kami berterima kasih kepada pegawai dan kakitangan Kesihatan kerana hanya memberi notis ketidakpatuhan dan bukannya saman," katanya yang akur serta akan ke klinik kesihatan atau swasta bagi mendapatkan suntikan pelalian tifoid esok.

Tinjauan juga mendapati masih terdapat peniaga tidak memakai apron dengan sempurna, memakai gelang dan cincin emas.

Bagaimanapun, peniaga yang melakukan kesalahan hanya diberi notis ketidakpatuhan dan mereka diberikan tempoh satu hari hingga 14 hari untuk membetulkan kesalahan.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, seramai 342 anggota penguat kuasa JKNT digerakkan memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan di 4,938 gerai membabitkan 59 lokasi bazar Ramadan tahun ini.

Katanya, pegawai dan anggota penguat kuasa itu akan dibahagikan kepada 130 pasukan operasi bagi memastikan semua 9,666 pengendali makanan di bazar Ramadan mematuhi semua peraturan ditetapkan.

"Pegawai dan anggota penguat kuasa juga akan mengambil sampel makanan secara rawak di bazar Ramadan untuk dianalisis bertujuan menjamin makanan dijual kepada pelanggan bebas pencemaran yang boleh menyebabkan mudarat dan membahayakan kesihatan," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani mengesahkan setakat ini pihaknya belum menerima notifikasi kes keracunan makanan terutama membabitkan juadah dibeli di bazar Ramadan.

"Pengendali makanan diminta sentiasa menutup makanan dijual dan tidak menjual makanan lebihan keesokan hari.

"Kita akan terus melakukan pemantauan dan operasi di semua tapak bazar Ramadan di seluruh negeri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rlu-suntikan-tifoid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list