CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Terengganu] Elak bawa bayi, kanak-kanak ke bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 6-4-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyarankan ibu bapa untuk tidak merisikokan kesihatan bayi dan kanak-kanak dengan membawa mereka ke lokasi tumpuan ramai di bazar Ramadan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, ia kerana statistik kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin di negeri itu masih rendah iaitu pada para paras kedua terendah berbanding negeri lain.

"Kita dapati masih ramai kanak-kanak di Terengganu tidak divaksin dan negeri kita berada pada kedudukan kedua terendah dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

"Justeru, Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan tanpa memakai pelitup muka. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi, lebih baik ditinggalkan kepada individu lain di rumah atau jika perlu juga bawa, tunggu di dalam kereta dan jaga secara bergilir suami dan isteri, " katanya selepas meninjau bazar Ramadan Dataran Shahbandar di sini, petang Selasa.

Alias berkata, langkah itu bagi mengelak jangkitan Covid-19 yang dikhuatiri mudah dijangkiti di lokasi berkenaan.

"Kita tidak tahu sama ada di bazar ini pun mungkin ada individu yang positif Covid-19 namun tidak bergejala, tambahan pula masih ramai lagi kanak-kanak yang belum terima suntikan vaksin.

"Kita juga tidak mahu sekiranya mereka dijangkiti, tahap kesihatan mereka akan terganggu dan menjadi teruk kerana belum ada perlindungan vaksin," katanya.

Sehingga 5 April 2022 sebanyak 12.6 peratus daripada 178,700 populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di seluruh negeri telah mendapatkan dos pertama suntikan itu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ak-ke-bazar-Ramadan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.084886 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list