CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Kelantan] Bilal surau Al-Qadir mohon maaf, tak sengaja azan awal empat minit

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai melaungkan azan Maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata, ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa dia melaungkan azan Maghrib pada 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk percaya sudah masuk waktu berbuka puasa.

"Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, mengikut hukum syarak, penduduk yang berbuka puasa mengikut laungan azan berkenaan, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.

Semalam, tular di media sosial mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan Maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.

Mengulas lanjut, Armin menasihati masyarakat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata dengan alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-awal-empat-minit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.236577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list