CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 06/04/2022

[Copy link]
Post time 8-4-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 188 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,606 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 172 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 353,298 orang. Manakala 294 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 271orang di hospital, 21 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, satu (1) orang di pusat tahanan sementara/penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 30 orang merangkumi 27 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 11 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 188 kes, iaitu penurunan 10 kes berbanding jumlah semalam.

b. Jumlah kes hari ini tidak banyak berbeza dengan jumlah semalam. Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang, masing-masing sebanyak 12 daerah. Tiga (3) lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Perubahan angka di kebanyakan daerah adalah pada jumlah yang kecil kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu yang masing-masing mencatatkan penurunan -12 kes.

c. Peratusan jangkitan sporadik terus naik dan hari ini hampir 62% daripada 58% semalam. Lebih separuh (14) daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama jangkitan baharu di daerah daerah tersebut. Antaranya ialah Kota Kinabalu (83%), Penampang (78%) dan Beaufort (80%).

d. Terdapat tujuh (7) daerah mencatatkan kes dua angka, 17 daerah mencatatkan kes satu (1) angka sementara tiga (3) daerah lagi iaitu Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu pada hari ini.

e. Sebanyak 183 atau 97.34% daripada 188 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 & 2, dua (2) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.133296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list