CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 07/04/2022

[Copy link]
Post time 8-4-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-4-2022 05:28 PM





413 kes baharu, lima lagi korban COVID-19 di Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan 413 kes baharu COVID-19 hari ini di Sarawak menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 301,498.

Kuching merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 131 diikuti Miri (54), Bintulu (50), Sibu (43), Samarahan (24), Sri Aman (11), Sarikei (10), Bau (10), Serian (9), Betong (9) dan Tatau (7).

Daerah-daerah lain yang turut merekodkan kes positif COVID-19 hari ini ialah Mukah (5), Dalat (5), Kapit (5), Limbang (4), Lundu (4), Lawas (4), Asajaya (4), Matu (4), Pusa (3), Simunjan (3), Tebedu (2), Lubok Antu (2), Pakan (2), Meradong (2), Subis (2), Kanowit (1), Saratok (1), Beluru (1) dan Marudi (1).

Dalam kenyataan sama, JPBNS memberitahu lima kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak dalam tempoh enam hari (31 Mac 2022 hingga 5 April 2022).

Pada 31 Mac 2022 satu kematian direkodkan di Kuching, mangsa merupakan lelaki warga emas berusia 86 tahun, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mangsa juga dilaporkan mempunyai ko-morbid kencing manis, tambahnya.

Manakala pada 5 April 2022 empat kematian baharu dilaporkan , dua daripadanya di Kuching dan satu masing-masing di Serian dan Bintulu.

Memperincikan perkara itu JPBNS berkata kes kematian di Bintulu melibatkan wanita, 75 tahun meninggal dunia di Hospital Bintulu sementara kematian di Serian mangsa meruakan lelaki, 60.

Dua lagi kes kematian dilaporkan pada 5 April 2022 iaitu di Kuching, kedua-dua mangsa lelaki berumur 47 dan 76 tahun dan mempunyai pelbagai ko-morbid antaranya penyakit paru-paru kronik, darah tinggi juga kencing manis, jelasnya.

Dalam perkembangan sama, JPBNS memberitahu ketika ini terdapat lima   kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan Kluster Tebingan Sungai Kuching, Kuching tamat hari ini.


utusanborneo.com.my/2022/04/07
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2022 12:01 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.133912 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list