Edited by Vellfire at 10-4-2022 03:20 AM

172 kes baharu COVID-19 di Sabah
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 172 kes baharu COVID-19 hari ini berbanding 176 kes pada hari sebelumnya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang masing-masing 12 daerah.
"Tiga daerah lagi kekal sebagaimana catatan pada hari sebelumnya. Perubahan jumlah jangkitan harian dihampir semua daerah di Sabah adalah pada kadar satu angka sahaja kecuali Kota Kinabalu (+17 kes) dan Penampang (-15 kes).
"Bilangan kes harian sejak kebelakangan ini menunjukkan Sabah berada dalam fasa stabil dengan jumlah kes harian dalam lingkungan angka 200 kes sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, rakyat perlu sentiasa berhati-hati kerana peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi hari ini iaitu 68 peratus.
Katanya, secara keseluruhan empat daerah di Sabah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 57 kes, Penampang 12 kes, Sandakan 12 kes dan Papar 10 kes.
"Sebanyak 21 daerah lagi mencatatkan kes baharu satu angka dengan 17 daripadanya mencatatkan antara satu sehingga lima kes sahaja. Tidak ada kes baharu di Nabawan dan Tongod.
"Sebanyak 164 daripada 172 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5," katanya.
utusanborneo.com.my/2022/04/08 |