CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS lulus tambah penerbangan ke Sarawak kepada 615 seminggu

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-4-2022 05:35 PM



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak daripada 576 kepada 615 penerbangan seminggu.


Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahan penerbangan ini diluluskan JPBNS pada Rabu termasuk penerbangan dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura.

Pada 11 Disember 2021 katanya, JPBNS telah menambah semua penerbangan masuk ke Sarawak daripada 223 kepada 307 penerbangan setiap minggu.

Manakala pada 14 Januari 2022 penerbangan telah ditambah lagi kepada 576 penerbangan setiap minggu dari pelbagai bahagian di Malaysia termasuk Sabah ke Sarawak.

"Kami percaya peningkatan kekerapan penerbangan akan mewujudkan ketersediaan dan pilihan penerbangan, pengurangan tambang penerbangan dan akan menarik lebih ramai pengunjung datang ke Sarawak.  

"Kami menjangkakan bahawa akan terdapat momentum yang besar dalam pergerakan orang dalam beberapa bulan akan datang kerana orang ramai ingin mengembara dan apabila negara lain mula membuka sempadan mereka dan beralih ke fasa endemik," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Lee, walaupun sempadan antarabangsa sudah dibuka, bagi pihak kerajaan Sarawak beliau mengingatkan semua penumpang dan pengembara supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JPBNS.

Rakyat katanya, juga tidak boleh berpuas hati terutamanya dalam fasa peralihan ini dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negeri ini.

Lee turut berharap Brunei dan Indonesia akan segera membuka sempadan mereka kepada semua pengembara, selain daripada yang dinyatakan di bawah perkhidmatan penting dan atas alasan perubatan.

Untuk makluman katanya, sebelum pandemik, jumlah pengunjung ke Sarawak sejak 2010 telah meningkat daripada 3,270,655 kepada 4,662,419 pada 2019.

Bagaimanapun, berikutan impak pandemik COVID-19, jumlah pengunjung yang datang ke negeri ini telah menurun kepada 1,199,872 pada tahun 2020 dan dikurangkan lagi kepada hanya 235,245 pelawat pada 2021.

Beliau percaya angka itu akan menjadi lebih baik pada 2022 dengan pembukaan sempadan antara negara mulai 1 April lepas.


utusanborneo.com.my/2022/04/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list