CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 1

[Sarawak] Update : Tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2022 11:32 PM



Bernilai RM50,000? Jambatan Kayu Kecil Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Jeti kecil ini dibina bagi menggantikan jeti lama di kampung berkenaan yang telah rosak dan tidak dapat dibina, menurut JKR Sarawak menerusi perkongsian di Facebooknya baru-baru ini. – Gambar Facebook Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak

KUALA LUMPUR : Sebuah jambatan kayu yang telah siap dibina bernilai RM50,000 di Kampung Mutap, Bekenu, Miri ini mengundang pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang mempersoalkan nilai sebenar hasil jambatan tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Khamis lalu, projek jambatan tersebut dikenali sebagai ‘Bina Baru Jeti Kampung Mutap’ bagi menggantikan jeti lama yang telah rosak.

Bagaimanapun, rata-rata komen netizen mempersoal serta membandingkan harga yang diletak untuk menyiapkan projek berkenaan terlalu tinggi dari hasil sebenar jambatan kayu sepanjang 15 meter berkenaan.

Menurut JKR Sarawak, jambatan tersebut mengambil masa sebulan untuk siap sepenuhnya pada April tahun ini, malah lebih awal dari perancangan sebenar.

“Projek RTP (Rural Transformation Programme) DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.

“Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke pasar Bekenu,” memetik perkongsian Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak di Facebook. – AWANI


sabahpost.net/2022/04/10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2022 07:33 AM | Show all posts
Tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap projek jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri.

Sumber berkata, pemeriksaan mendapati tidak ada sebarang unsur rasuah dalam projek itu.

Menurut sumber, ibu pejabat telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

Sumber itu berkata, hasil semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan.

"Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar," kata kenyataan itu pada Selasa.


JKR Sarawak baru-baru ini mengundang kritikan setelah memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menurutnya menelan kos RM50,000.

Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut, dan ada yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan untuk apa yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.


utusanborneo.com.my/2022/04/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037316 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list