CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 0

[Sarawak] Jatuh lif, pekerja am meninggal dunia di lokasi kejadian

[Copy link]
Post time 12-4-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Seorang pekerja am sebuah pasar raya di sini maut apabila terjatuh dari lif semasa sedang memindahkan barang di tingkat empat pasar raya terbabit pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian sekitar jam 5 petang, lelaki yang berumur 18 tahun itu sedang memindahkan barang sebelum terjatuh.

"Pihak polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan dari pengurus pasar raya pada jam 7.44 malam," jelas beliau.


Pegawai perubatan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya telah membantu mengeluarkan mangsa dan memindahkannya ke kawasan selamat.

Sejurus dikeluarkan, pegawai perubatan menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa dan mengesahkannya sudah meninggalkan dunia di lokasi kejadian.

Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


utusanborneo.com.my/2022/04/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.263597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list