CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditemui mati di pelantar transformer

[Copy link]
Post time 12-4-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2022 04:24 AM



Bomba tiba di lokasi bagi menurunkan mangsa dari pelantar sebuah transformer di Jalan Serian-Sri Aman.

KUCHING: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa kira-kira 30 minit menurunkan mayat seorang lelaki tersangkut di pelantar sebuah transformer di Jalan Serian-Sri Aman di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 10.25 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati terdapat seorang mangsa tersangkut di atas pelantar transformer milik Sarawak Energy di Kampung Semukoi A, Jalan Serian-Sri Aman, di sini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berikutan itu, komander operasi terus membuat ‘size up’ di lokasi namun mendapati keadaan arus elektrik masih aktif dan tidak selamat untuk anggota melakukan tugas-tugas penyelamatan.

Jelasnya, bomba bagaimanapun perlu menunggu pihak Sarawak Energy hadir dan mengesahkan keadaan betul-betul selamat untuk tujuan penyelamatan.

"Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan pihak polis.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah selesai dan memastikaan keadaan selamat operasi ditamatkan jam 11.08 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, kematian lelaki tanpa identiti warga tempatan ditemui maut di atas tiang transformer elektrik dipercayai disebabkan oleh renjatan elektrik.

Menurutnya, berdasarkan penemuan terhadap barangan yang dimiliki mangsa seperti pemutar skru, gergaji dan spana, lelaki berkenaan dipercayai telah menceroboh kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, siasatan awal tiada sebarang kejadian jenayah di sekitar kawasan berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Aswandy, lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan telah dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian itu juga tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dijumpai bersama mangsa," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mereka yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk datang ke Balai Polis Serian untuk membuat pengecaman mayat mangsa.
Ujarnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


utusanborneo.com.my/2022/04/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.304154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list