
MUSNAH: Pasukan bomba berusaha memadam api di rumah berkenaan supaya tidak merebak ke kawasan lain.
SEMPORNA: Sebuah rumah musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Kubang Baru, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.26 malam.
Katanya, susulan itu, seramai lapan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memadam.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30x40 kaki sudah hampir musnah terbakar keseluruhannya.
“Pasukan bomba terus melakukan pemadaman bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Edoen berkata pasukan bomba menggunakan dua pancutan daripada sumber air tangki jentera sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 11.08 malam.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan di sekitar kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pada jam 11.57 malam.
“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu, manakala siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/04/12 |