View: 358|Reply: 0
|
[Terengganu]
Ibu hamil, tiga anak bergadai nyawa redah api
[Copy link]
|
|
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Alor Serdang, Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Setiu: Seorang ibu hamil bersama tiga anaknya sanggup bergadai nyawa meredah api demi menyelamatkan diri apabila rumah mereka di Kampung Alor Serdang, di sini, terbakar, hari ini.
Nur Hasya Afiqah Azli, 25, yang mengandung empat bulan berkata, ketika kejadian jam 5.40 petang itu, dia bersama anak-anaknya sedang berehat sementara menanti waktu berbuka puasa.
"Petang tadi saya kurang sihat kerana alahan mengandung, nasib baik anak sulung berusia lapan tahun perasan ada asap dan api di bahagian pintu depan rumah.
"Anak kedua berusia lima tahun menarik tangan adik perempuannya yang berusia dua tahun sedang tidur untuk keluar dari rumah," katanya ketika dihubungi malam ini.
Dia berkata, mereka berlari keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri sebelum api merebak ke bahagian keseluruhan rumah dalam masa beberapa minit.
"Nasib baik kereta dan sebuah motosikal berjaya dipindahkan ke tempat lain, manakala barangan keperluan termasuk pakaian raya untuk anak perempuan turut hangus terbakar.
"Kami menyewa rumah itu sejak tahun lalu," katanya.
Hasya berkata, suaminya Mohd Badrul Amin Mohd Ramli, 26, tiada di rumah kerana ke Singapura sejak kelmarin untuk membeli perabot terpakai dan akan akan balik esok.
"Buat masa sekarang kami anak beranak tinggal sementara di rumah saudara yang menetap di kawasan ini," katanya.
Sementara Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.45 petang.
"Seramai 16 anggota dari Bomba Setiu dibantu Bomba Jertih berjaya mengawal api daripada merebak.
"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dai-nyawa-redah-api |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|