View: 326|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penyeludup diesel bertempiaran lari
[Copy link]
|
|
ANGGOTA KPDNHEP Negeri Kelantan menunjukkan lori tiga tan yang digunakan untuk menyeludup diesel ke Thailand yang diisi ke dalam tangki ubah suai. FOTO ihsan KPDNHEP
Tumpat: Sekumpulan lelaki disyaki penyeludup bertempiaran lari sambil membawa bersama beberapa tong berisi diesel sebelum menaiki bot melarikan diri ke negara jiran.
Mereka lari selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa di sebuah pangkalan haram di Kampung Nibong di sini, pada 12 tengah hari semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya bersama pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Pengkalan Kubor menjalankan risikan di sekitar lokasi sebelum ternampak dua kenderaan berat berlegar-legar di kawasan terbabit.
Menurutnya, dua buah lori tiga tan ditemui bersama beberapa peralatan untuk menyedut dan memindahkan diesel.
"Pemerhatian juga mendapati dua pemandu lori itu sedang memindahkan sejumlah diesel daripada tangki yang diubah suai dalam kenderaan berkenaan sebelum serbuan dibuat.
"Seorang daripada lelaki itu terus lari ke arah sebuah bot di Sungai Golok yang mana terdapat beberapa lagi individu di dalamnya yang dipercayai terbabit dengan kegiatan penyeludupan diesel dan segera melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Azanizam Affendi berkata, seorang lagi pemandu lori berusia 40-an berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut mengesyaki tangki kenderaan itu sudah diubah suai.
Menurutnya, penggunaan kenderaan berat sebegitu adalah modus operandi terbaharu yang digunakan penyeludup berbanding sebelum ini hanya memunggah petrol atau diesel dengan kereta sahaja sebelum membawanya ke mana-mana pangkalan haram.
"Suspek juga mengaku memindahkan diesel itu dengan tujuan penyeludupan barang kawalan ke negara jiran dan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah.
"Hasil soal siasat suspek juga mengakui pengubahsuaian tangki lori itu juga bertujuan membuat pengisian lebih daripada kapasiti asal kenderaan itu.
"Sitaan dan rampasan barangan kawalan minyak diesel sebanyak 113 liter yang dirampas dianggarkan bernilai RM 231.65, manakala dua lori terbabit RM100,000 setiap satu menjadikan jumlah keseluruhan RM200,231.65.
"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kami mengalu-alukan aduan atau maklumat dari orang ramai sekiranya mengesyaki berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-bertempiaran-lari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|