View: 372|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pergi naik motosikal sendiri, balik tumpang rakan
[Copy link]
|
|
ANTARA motosikal yang disita. FOTO IHSAN POLIS
Hulu Terengganu: Dua lelaki yang berkonvoi dari Dungun ke bandar ini untuk berbuka puasa terpaksa pulang dengan membonceng motosikal rakan apabila motosikal mereka disita, semalam.
Sitaan dibuat selepas motosikal itu didapati melakukan kesalahan antaranya nombor 'fancy' dan tiada nombor pendaftaran dalam Ops Motosikal bermula 5 petang hingga 7 malam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, sepasukan anggota diketuai Inspektor Zainon Abidin Ismail sebelum itu terserempak dengan satu konvoi motosikal di hadapan sebuah kedai makan di bandar ini pada 6.30 petang.
Menurutnya, konvoi membabitkan 22 lelaki berusia 30 hingga 40 tahun itu dikatakan datang dari Dungun untuk berbuka puasa di bandar ini.
"Pihaknya kemudian membuat pemeriksaan ke atas semua lelaki terbabit sebaik selesai berbuka puasa kira-kira 8 malam.
"Kita menyita dua motosikal kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal," katanya.
Katanya, pihaknya turut memeriksa 22 motosikal lain dan mengeluarkan 54 saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada insurans serta ubah suai ekzos.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... balik-tumpang-rakan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|