CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 17/04/2022

[Copy link]
Post time 17-4-2022 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-4-2022 03:07 PM






119 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan apabila 119 kes dilaporkan hari ini berbanding 121 pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataannya hari ini, memaklumkan 51 daripada kes dilaporkan adalah kategori satu (tiada gejala), 65 kategori dua (gejala ringan), satu kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua merupakan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak ini sebanyak 303, 890, tambahnya.

Empat daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kuching (31), Sibu (21), Bintulu (20) dan Bintulu (12).

Daerah-daerah lain yang turut merekodkan kes positif COVID-19 hari ini ialah Samarahan (6), Serian (6), Limbang (5),Sarikei (3), Selangau (3), Matu (2), Sri Aman (2), Kanowit (2), Mukah (1), Lawas (1), Belaga (1), Daro (1), Subis (1) dan Sebauh (1).

Dalam kenyataan sama, JPBNS memaklumkan dua kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan di negeri ini iaitu pada 11 dan 15 April 2022.

Kes pada 11 April 2022 melibatkan lelaki berumur 28 tahun di Bintulu, dikategori sebagai kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dan tiada sejarah penyakit diketahui.

Kes kematian pada 15 April 2022 pula dilaporkan di Serian dengan mangsa wanita warga emas (75 tahun), meninggal dunia di Hospital Serian dan mempunyai ko-morbid disipidemia dan penyakit autoimun.

Dalam perkembangan sama JPBNS memberitahu terdapat satu kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak ketika ini iaitu Kluster Dti Semuja 3 di Serian.


utusanborneo.com.my/2022/04/17

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2022 11:08 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list