CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Niat tidak baik untuk jatuhkan imej saya - Khalid

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Niat tidak baik untuk jatuhkan imej saya - Khalid


KHALID menafikan laporan sebuah portal yang mengatakan pasukan Selangor perlu singkirkan jurulatih. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Bekas pemain skuad Harimau Malaya, Khalid Ali bakal mengheret pihak-pihak yang sengaja memburukkan namanya dengan membuat laporan media yang tidak tepat.

Jelas Khalid, terdapat beberapa portal sukan tempatan yang menggunakan nama dan wajahnya bagi memburukkan beberapa pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kelab Selangor FC.

"Saya menafikan laporan sebuah portal yang mengatakan pasukan Selangor perlu singkirkan jurulatih jika masih gagal meraih keputusan positif.

"Saya tak pernah cakap begitu. Ini sebenarnya ada niat yang tidak baik untuk menjatuhkan imej saya. Mungkin ada pihak-pihak tertentu tak senang hati apabila saya sekarang berada dalam persatuan koperasi kelab Selangor.

"Ini bukan pertama kali, sebelum ini pun ada laporan berkenaan jurulatih Kim Pan-gon yang perlu dibuang jika gagal bawa pasukan negara. Semua itu tidak betul dan saya dah lama bersabar.

"Kali ini saya akan heret portal-portal ini kerana mereka hanya nak guna nama dan gambar saya untuk lariskan portal mereka saja," katanya kepada Arena Metro.

Khalid, 65, adalah tonggak utama 'generasi emas' skuad Harimau Malaya pada awal era 80an apabila pasukan negara ketika itu berjaya layak secara ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Kini legenda bola sepak tanahair itu lebih selesa bergerak sebagai pemerhati dan pengkritik untuk beri 'check and balance' kepada arena bola sepak tempatan dengan idea dan teguran yang kadang-kala pedas.

Begitupun, semua kritikan itu hanyalah satu untuk memastikan bola sepak negara kembali dihormati di pentas antarabangsa.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-imej-saya-khalid

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.696047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list