CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh individu ditahan merusuh di kedai makan

[Copy link]
Post time 19-4-2022 08:07 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan yang berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Matang di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memberitahu, suspek yang ditahan itu berumur lingkungan 26 hingga 40 tahun dan polis kini masih giat mengesan suspek yang lain.

"Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu berpunca daripada masalah pembahagian keuntungan perniagaan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, kes ini tidak melibatkan mana-mana kumpulan tertentu mahupun menuntut hutang judi seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Terdahulu, sejurus mendapat maklumat, pihak polis terus bertindak serta-merta atas respons yang berlaku di lokasi kejadian.

"Sebelum kejadian berlaku, pengadu iaitu seorang lelaki berumur 18 tahun sedang duduk di hadapan kedai makan bersama rakannya.

"Bagaimanapun mereka telah diserang oleh sekumpulan individu lelaki seramai lebih kurang 10 orang yang memiliki senjata tajam," jelasnya.

Katanya, semasa kejadian rakan pengadu yang berumur 27 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki dan kepala sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Manakala dua lagi suspek berumur 30 dan 43 tahun turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas beberapa senjata tajam yang ditemui di tempat kejadian.

Justeru, permohonan reman akan dipohon bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta boleh mengganggu siasatan yang dilakukan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233.


utusanborneo.com.my/2022/04/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.119441 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list