CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 19/04/2022

[Copy link]
Post time 20-4-2022 08:05 AM | Show all posts |Read mode





Kes COVID-19 di Sarawak kembali tiga angka

KUCHING: Jangkitan COVID-19 di Sarawak kembali mencatatkan tiga angka dengan 160 kes hari ini berbanding 92 kes pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata dengan penambahan 160 kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini 304,142.

Menurutnya 53 daripada kes direkodkan hari ini adalah kategori satu (tiada gejala), 104 lagi kategori dua (gejala ringan), dua kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan satu kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

JPBNS berkata 22 daripada 40 daerah di Sarawak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini dengan Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 49 kes diikuti Bintulu (35), Miri (21), Samarahan (11) dan Sibu (10).

Manakala 17 lagi daerah merekodkan kes baharu di bawah 10 iaitu Serian (5), Mukah (4), Sri Aman (4), Julai (4), Dalat (3), Pakan (2), Betong (2), Sarikei (1), Lundu (1), Lawas (1), Saratok (1), Asajaya (1), Kabong (1), Tebedu (1), Bau (1), Kanowit (1) dan Meradong (1).

Tiada kematian baharu  akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku di Sarawak hari ini, tambahnya.

Dalam perkembangan sama JPBNS memaklumkan tiada kluster COVID-19 yang masih aktif di Saawak ketika ini selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak  (JKNS) mengisytiharkan Kluster DTI Semuja 3, Serian tamat.


utusanborneo.com.my/2022/04/19
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2022 08:06 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.204020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list