

139 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini, tiada kematian
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 139 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 304,281.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata 48 daripada kes baharu itu adalah kategori satu (tiada gejala), 90 kategori dua (gejala ringan) dan satu kategoti empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).
JPBNS berkata 19 daerah di negeri ini merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini iaitu Kuching (40), Bintulu (21), Sibu (21) Miri (20), Samarahan (6), Bau (6), Serian (3), Mukah (3), Betong (3), Sarikei (3), Beluru (3), Subis (2), Lubok Antu (2), Sri Aman (1), Asajaya (1), Limbang (1), Marudi (1), Daro (1) dan Tatau (1).
Manakala 21 daerah lagi iaitu Telang Usan, Simunjan, Julau, Dalat, Pakan, Lundu, Lawas, Saratok, Kabong, Tebedu, Kanowit, Meradong, Sebauh, Selangau, Matu, Belaga, Pusa, Kapit, Song, Tanjung Manis dan Bukit Mabong tidak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini.
Tiada kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan JPBNS hari ini.
JPBNS juga memaklumkan ketika ini tidak ada kluster COVID-19 yang aktif di Sarawak.
utusanborneo.com.my/2022/04/20 |