CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 21/04/2022

[Copy link]
Post time 21-4-2022 11:59 PM | Show all posts |Read mode





Sarawak rekod 151 kes baharu, satu kematian akibat COVID-19

KUCHING: Sarawak merekodkan 151 kes baharu jangkitan COVID-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 304,432 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam laporan hari ini berkata, daripada jumlah baharu itu sebanyak 148 kes adalah kategori satu dan dua.
Manakala tiga kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, daerah Kuching menyumbang kes harian tertinggi iaitu sebanyak 47 kes diikuti Miri (23), Bintulu (18) dan Sibu (17).

Sementara itu bagi daerah lain, kesemunya merekodkan kes satu angka termasuk Bau (5), Matu (4) manakala Serian, Sarikei, Sri Aman, Simunjan, Pusa dan Samarahan masing-masing (3 kes), Lubok Antu, Limbang, Tatau, Lundu dan Kapit (2).

Turut merekodkan kes harian Asajaya, Mukah, Betong, Telang Usan, Dalat, Kabong, Tebedu, Kanowit dan Selangau yang masing-masing (1 kes).

Jawatankuasa memaklumkan Sarawak turut merekodkan satu kematian pada 19 April melibatkan wanita berusia 82 tahun dari Kuching dan kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

JPBNS berkata tiada kluster baharu diisytiharkan di negeri ini hari ini.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak tiga notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya kesemua notis berkenaan dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan itu, polis telah mengeluarkan sebanyak 13,881 notis kompaun seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2022/04/21

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2022 12:00 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044621 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list