CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 0

[Sarawak] Reach10 umum projek Gerbang Satelit MEASAT-3d Malaysia Timur

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:26 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Reach Ten Communication Sdn Bhd (Reach10) mengumumkan kerjasama dengan MEASAT bagi projek Gerbang Satelit MEASAT-3d High Throughput (HTS) Malaysia Timur.

Kerjasama tersebut diumumkan pada majlis pecah tanah di Zon Perindustrian Bebas Samajaya pada Khamis oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Projek ini menandakan kerjasama terbaharu antara Reach10 dan MEASAT-3d, satelit kelapan MEASAT di orbit yang dijadual dilancar Jun 2022.

Apabila beroperasi kelak, MEASAT-3d akan membolehkan kos efektif jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan tanpa sebarang rangkaian daratan di seluruh negara dengan kelajuan sehingga 100Mbps.


Julaihi melakukan simbolik pecah tanah projek Gerbang Satelit MEASAT-3d HTS Malaysia Timur di Kuching pada Khamis.

Di Samajaya, pemasangan antena baharu sembilan meter di teleport akan membolehkan akses kepada sekurang-kurangnya 13Gbps kapasiti satelit bagi Sarawak kepada lebih 3,000 tambahan tapak luar bandar di negeri.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Julaihi berkata, untuk Gerbang Malaysia Timur menyokong matlamat yang dibentangkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

Melalui PCDS 2030, Sarawak merancang untuk menggandakan ekonominya dalam satu dekad daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion pada 2030, dengan purata pertumbuhan ekonomi 8.0 peratus setahun sehingga 2030.

"Untuk mencapai matlamat PCDS 2030, merapatkan jurang digital merentasi luar bandar komuniti dengan menyediakan akses kepada sambungan jalur lebar adalah satu kemestian. Ini bagi membolehkan semua rakyat Sarawak mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dalam ekonomi.

"Melalui transformasi digital, kita menyasarkan untuk mencapai akses jalur lebar yang saksama, dengan 99.9 peratus isi rumah di seluruh kawasan bandar dan luar bandar mempunyai sambungan Internet manakala kelajuan ditingkatkan daripada 1-10Mbps kepada 20-100Mbps," katanya.

Julaihi juga yakin dengan penubuhan gerbang jalur lebar HTS baharu ini di sini, matlamat kerajaan sarawak dapat dicapai.

Hadir sama Timbalan Menteri Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri Utiliti, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.


utusanborneo.com.my/2022/04/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list