
Tangkap layar video tular berdurasi 23 saat memaparkan insiden buli di sebuah sekolah berasrama di Sibu.
"Polis telah menerima satu laporan polis berhubung video viral tersebut. Siasatan telah dijalankan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
"Polis telah mengenalpasti mangsa. Mangsa merupakan seorang pelajar lelaki di sekolah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Pada 20 April, polis mengesan satu hantaran di media sosial berbentuk video berkaitan kejadian dipercayai buli dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook 'Boss Jeff'.
utusanborneo.com.my/2022/04/21 |