CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 22/04/2022

[Copy link]
Post time 24-4-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Satu kematian, 142 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Satu kematian dengan 142 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa berkata kes kematian berkenaan direkodkan pada 21 April melibatkan wanita berusia 90 tahun dari Kuching yang mempunyai penyakit komorbid iaitu darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

Mengenai kes baharu, daripada 142 kes itu, sebanyak 140 kes adalah kategori satu dan dua manakala hanya dua kes bagi kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS berkata, pada hari ini Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 34 kes diikuti Miri (22), Bintulu (20) dan Sibu (17).

Sementara itu bagi daerah lain kesemunya merekodkan kes satu angka termasuk Serian dan Samarahan masing-masing (8), Asajaya (7), Limbang (4), Mukah, Simunjan dan Daro (3), Sri Aman, Pusa dan Betong (2).

Turut merekodkan kes harian Bau, Lubok Antu, Telang Usan, Dalat, Tebedu, Kanowit dan Lawas yang kesemuanya masing-masing (1).

JPBNS berkata tiada kluster baharu diisytiharkan di negeri ini hari ini.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya kesemua notis berkenaan dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan itu polis telah mengeluarkan sebanyak 13,892 notis kompaun seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2022/04/22
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2022 11:53 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035913 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list