CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 23/04/2022

[Copy link]
Post time 24-4-2022 11:56 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: 134 kes baharu, satu kematian

KUCHING: Sebanyak 134 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat menjadi 304,708 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah itu, Kuching merekodkan angka harian tertinggi iaitu sebanyak 38 kes.

Katanya, ini diikuti Miri sebanyak 24 kes, Bintulu (17), Sibu (12), Subis (lima), Asajaya, Mukah dan Pusa masing-masing (empat) manakala Limbang dan Kota Samarahan (dua).

Sementara itu, Sarikei, Sri Aman, Kanowit, Kapit dan Saratok masing-masing merekodkan dua kes manakala satu kes pula direkodkan masing-masing di Serian, Betong, Bau, Lubok Antu, Dalat, Lundu, Kabong, Julau, Pakan dan Meradong

JPBNS memberitahu, daripada jumlah itu juga, sebanyak 43 kes membabitkan kategori satu (tiada gejala) manakala 90 kes kategori dua (gejala ringan) dan satu kes melibatkan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Menurut JPBNS, terdapat satu kes kematian baharu direkodkan hari ini melibatkan bahagian Kuching.

Jelas jawatankuasa itu, kes membabitkan seorang wanita berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung," jelasnya.
Selain itu, setakat ini tiada kluster baharu direkodkan di Sarawak.

Berhubung laporan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak enam kompaun dikeluarkan di bahagian Kuching hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak 13,898 keping.

Kesemua kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan gagal masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.


utusanborneo.com.my/2022/04/23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2022 11:57 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.255336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list