CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 24/04/2022

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:01 AM | Show all posts |Read mode





COVID-19: 112 kes baharu, satu kematian di Sarawak

KUCHING: Satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak pada 22 April melibatkan lelaki yang menghidap Celebral Palsy berusia 30 tahun.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bau.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 112 kes jangkitan harian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 bagi negeri ini kini 304,820 kes.

Daripada jumlah tersebut, 45 kes adalah kategori satu, 65 kes kategori dua dan dua kes kategori lima.

Kuching katanya merekodkan kes harian tertinggi (31), diikuti Sibu (20), Miri (20), Bintulu (12), Samarahan (4), Serian (4), Mukah (3), Limbang (3), Sri Aman (2), Bau (2) dan Lubok Antu (2).

Sembilan daerah iaitu Subis, Asajaya, Kapit, Betong, Simunjan, Tebedu, Lawas, Matu dan Saratok merekodkan satu kes.

Manakala 20 daerah lain iaitu Sarikei, Beluru, Pusa, Kanowit, Dalat, Lundu, Kabong, Julau, Pakan, Meradong, Daro, Telang Usan, Marudi, Tatau, Selangau, Sebauh, Belaga, Song, Tanjung Manis dan Bukit Mabong merekodkan sifar kes.

JPBNS turut memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan dan tiada kluster masih aktif di Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2022 12:02 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.311289 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list