Edited by Vellfire at 24-4-2022 04:13 PM

PALSU: Surat arahan pembayaran permit masuk KDN palsu yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

PALSU

PALSU
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengesahkan surat arahan pembayaran permit masuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepertimana yang ditularkan di media sosial baru-baru ini adalah palsu.
Pengarah Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata perkara ini dikesan selepas pihaknya mendapat aduan berkenaan surat terbabit sebelum menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil semakan pihak JIM Sabah mendapati kesemua dokumen yang ditularkan itu adalah palsu dan Pejabat Imigresen Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen seumpama,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata JIM Sabah juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat yang dijalankan oleh sindiket pemalsuan dokumen.
“Orang ramai diingatkan agar berhubung secara langsung ke Pejabat Imigresen terdekat bagi mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dokumen jabatan ini.
“Sebarang aduan serta laporan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen di laman sesawang http://imi.spab.gov.my.bagi.,” katanya.
Katanya JIM Sabah bersama agensi penguatkuasa lain memohon kerjasama daripada masyarakat khususnya rakyat Sabah agar melaporkan sebarang jenis dokumen Imigresen yang meragukan.
Tambahnya tindakan ini adalah bagi membendung serta membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.
“Tanggungjawab ini bukan hanya diletakkan kepada pasukan keselamatan semata-mata dan ianya juga adalah tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama menjaga keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/04/22
|