CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 476|Reply: 0

[Sarawak] Lima individu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:16 AM | Show all posts |Read mode


Polis melakukan pemeriksaan terhadap individu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

KUCHING: Polis menahan lima individu tempatan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Ops Mabuk yang dilaksanakan di bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Tabuan sekitar jam 11 malam.

Menurutnya, dalam operasi itu sebanyak 111 kenderaan dan 124 individu diperiksa.

"Daripada jumlah itu, seramai lima individu berumur antara 21 hingga 32 tahun telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, hasil ujian menggunakan alat 'evidential breath analyzer' mendapati empat suspek positif alkohol iaitu kandungan alkohol 158 miligram/100 milimeter, 178 miligram/100 milimeter, 117 miligram/100 milimeter dan 67 miligram/100 milimeter.

"Manakala seorang lagi suspek negatif alkohol iaitu kandungan alkohol adalah 48 miligram/100 milimeter dan tidak melebihi had yang telah ditetapkan.

"Kesemua suspek bagaimanapun telah disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

Menurut Ahsmon, bagi kesalahan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan denda RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun jika disabitkan bersalah.

Pada operasi yang sama, polis turut mengeluarkan empat keping saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Berhubung operasi yang berakhir jam 4.30 pagi itu, ia diketuai Inspektor Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching Inspektor Ngang Kalimpot.

Seramai sembilan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching dan tiga anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Komuniti IPD Kuching turut sama dalam operasi itu.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list