CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Kelantan] Isteri reda diuji penyakit buah pinggang

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode

ROHANI (kanan) menunjukkan lebam kesan rawatan dialisis yang dijalankan tiga kali seminggu kerana buah pinggang kronik kepada Dr Zulkepli .FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Cepat berasa letih dan tidak bermaya menjadi petanda buat seorang wanita apabila dirinya sebenarnya diuji dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak dua tahun lalu.

Malah, Rohani Ramli, 46, dari Taman Ehsan, Kedai Lalat, di sini, juga kehilangan dua jari kaki kirinya apabila dipotong akibat penyakit kencing manis pada 2018 lalu.

Keadaan itu membuatkan Rohani perlu bergantung sepenuhnya kepada suami, Mohd Zain Ismail, 62, untuk menguruskan kerja rumah.

Rohani berkata, dia rasa bersalah kerana tidak dapat melakukan tanggungjawab sebagai suri rumah disebabkan tidak berdaya, malah tangan kirinya sudah lebam dan membengkak kesan rawatan dialisis.

"Saya perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu, dan nasib kami agak baik kerana kosnya hampir RM4,000 sebulan itu dibiaya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana suami bekas pemandu di agensi berkenaan.

"Bagaimanapun, untuk rawatan lain atau bekalan ubat, kami perlu mengeluarkan kos sendiri menyebabkan adakalanya saya bertahan kerana kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di rumah sewanya, di sini, semalam.

Terdahulu, Rohani menerima kunjungan Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad Datuk Dr Zulkepli Mohamad untuk menghulurkan bantuan kewangan.

Rohani berkata, suaminya yang juga seorang pendikir dikenali dengan gelaran Jen Endoro kini terputus sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 kerana tiada majlis atau persembahan dianjurkan.

Menurutnya, sepanjang tempoh sukar itu, mereka bergantung kepada dua anak yang bekerja kampung selain ihsan rakan serta tetangga yang bersimpati dengan nasib keluarganya.

"Suami hanya menangkap belut di sawah untuk menampung perbelanjaan harian, malah bayaran RM350 untuk rumah sewa ini juga kerap mempunyai tunggakan.

"Mujurlah pemiliknya seorang yang bertimbang rasa, namun kami tetap juga berusaha untuk membayarnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yakit-buah-pinggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058747 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list