

57 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini
KUCHING: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak menurun kepada dua angka dengan 57 kes baharu direkodkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini kini 304,877 kes.
Daripada 57 kes baharu yang direkodkan hari ini, 23 kes adalah kategori satu dan 34 kes kategori dua.
Kuching merekodkan kes harian tertinggi (24), diikuti Miri (9), Sibu (7), Bintulu (5), Limbang (3), Samarahan (2) dan Serian (2).
Lima daerah iaitu Mukah, Matu, Sarikei, Kanowit dan Kabong masing-masing merekodkan satu kes.
Manakala 28 daerah lain, Sri Aman, Bau, Lubok Antu, Subis, Asajaya, Kapit, Betong, Simunjan, Tebedu, Lawas, Saratok, Beluru, Pusa, Dalat, Lundu, Julau, Pakan, Meradong, Daro, Telang Usan, Marudi, Tatau, Selangau, Sebauh, Belaga, Song, Tanjung Manis dan Bukit Mabong tidak merekodkan kes baharu.
JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan di negeri ini hari ini.
Sementara itu polis Sarawak mengeluarkan lima lagi notis kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.
utusanborneo.com.my/2022/04/25
|