Edited by Vellfire at 26-4-2022 01:10 PM


102 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini
KUCHING: Sarawak merekodkan 102 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 304, 979.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya berkata 35 daripada kes yang direkodkan adalah kategori satu (tiada gejala) dan 67 lagi kategori dua (gejala ringan).
Kuching merekod jumlah kes tertinggi iaitu 30 diikuti Bintulu (16), Miri (11), Sibu (9), Samarahan (7), Serian (5), Betong (4), Sri Aman (3) dan Bau (3).
Daerah lain yang turut merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini ialah Limbang (2), Mukah (2), Matu (2), Asajaya (2), Meradong (2), Kapit (1), Lawas (1), Pusa (1) dan Tebedu (1).
Tiada kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
utusanborneo.com.my/2022/04/26
|