MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, diberkas polis dari Balai Polis Beluru di kawasan Sungai Buri Bakong, dekat sini pada 24 April lalu.
Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohammad Ruslan Mat Kib menerusi satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima aduan daripada ibu mangsa pada 23 April.
Ibu mangsa yang berusia 28 tahun, warga Indonesia dan bekerja sebagai tukang masak, dalam laporannya kepada polis memberitahu, beliau telah menyedari ‘kehilangan’ anaknya sejak jam 4 petang, pada 23 April dan hanya muncul setengah jam kemudian.
"Ketika ditanya oleh ibunya (pengadu), si anak (mangsa) memberitahu dia telah keluar bermain dengan suspek yang dipanggilnya sebagai ‘Om’.
"Mangsa memberitahu pengadu bahawa semasa bermain dengan Om, Om ada menjilat 'pepek' (kemaluan) mangsa dan memasukkan satu jari telunjuk ke dalam kemaluan mangsa. Mangsa turut memaklumkan kepada ibunya bahawa Om ada cuba memasukkan ‘anunya’ (zakar) Om ke dalam kemaluan mangsa tetapi tidak berjaya dan tidak dapat.
"Pengadu dan mangsa amat mengenali Om dan sering sama-sama pernah makan di rumah pengadu," jelas beliau sambil memberitahu kejadian berlaku di sebuah rumah kosong yang sederet dengan rumah kongsi pekerja, iaitu selang tiga rumah dari rumah pengadu.
Suspek (kiri) ditahan reman sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan polis.
Menurut Ruslan, siasatan awal polis juga mendapati mangsa yang merupakan anak bongsu tiga beradik itu merupakan seorang kanak-kanak yang aktif, petah bercakap dan cepat mesra dengan seseorang dan mengenali Om kerana selalu bermain dengannya sebelum ini.
Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Beluru dan diketuai oleh Sarjan Alexander Daud Itam yang juga Ketua Balai, berjaya menangkap lelaki berusia 27 tahun itu di sebuah rumah kongsi pekerja.
Semasa diperiksa, suspek yang merupakan seorang pemandu lori dengan sebuah syarikat dan hampir lima bulan bekerja di situ, gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah.
Suspek ditahan direman di Balai Polis Marudi, sehingga 1 Mei ini, di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan Seksyen 14 (a) Akta Keganasan Seksual Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Immigresen 1959/63.
tusanborneo.com.my/2022/04/26 |